Sunday, November 6, 2011

Baru nak update.

Banyak benda nk update. boleh saya rumuskan?

October - South East Asia (SEA) Young Composer Music Festival (Competition, Workshop, Seminar, Concert) di Bandung, Jogyakarta, Jakarta - Indonesia oleh Goethe Institut. 10 komposer muda telah menang dan terpilih dalam turut serta program tersebut. 10 karya di pentaskan di bandung, jogyakarta dan jakarta selama 2 minggu. 2 minggu tersebut juga berlangsungnya workshop dan seminar. Pada workshop tersebut, saya ingat workshop perbincangan mengenai muzik kontemporari oleh juri. Rupa-rupanya, workshop itu merupakan sesi menembak oleh para juri kepada komposer mengenai karya ciptaan mereka. Dahla saya tak sedia apa2, maklumlah, first time dalam hidup dapat turut serta benda macam ini. "No wonder", 9 komposer lain ucapkan - goodluck pada saya bila mereka lihat senarai nama workshop". Saya pun heran kerana kenapa adanya senarai nama individu bagi setiap slot waktu workshop. Dahla saya hari pertama awal pagi first sekali... muka mengantuk, blur, kene tembak, ditambah SENYUM SINIS dan GELAK COMEL KIUT KONON oleh juri dan juga 9 Komposer lain.. haizzz.. cobaan. Tapi benda ini semua buat hati dan perasaan saya lebih kental! :D. Saya cuba bersikap cool dengan 9 komposer lain... walaupun saya telah menilai sifat mereka melalui pemerhatian saya... tetapi memang tak boleh bla r, saya tak dapat nak elak bersikap dingin dengan para juri. "they make fun, and jokes with my music". Tetapi saya berterima kasih dengna mereka juga sebab merekalah saya dapat ilham untuk tulis lagu karya piano solo untuk world premiere di Birmingham oleh Rolf Hind! Weee....


Kemudian, balik ke birmingham, dapat juga saya makan puas2... bebek goreng (itik goreng) sedap gila. sampai memamah tulang2 itik tu hingga licin... then pecal... hmm.. pecal diorng lain.. tak sama cam pecal kat penang... miss penang so bloody bad (ala2 brit accent) konon. hmmm. Start kelas semua... hidup makin normal dengan bloody busy task. hihi. I think my fav word adalah bloody. =P

Then continue mik gambar kat Birmingham, explore... banyak lagi tempat kat birm tak explore... then tunggu cuti lama sikit baru nk explore luar dari birm... oh ya.. this week cuti 2 minggu... sebab ada audition apa tah di conservatoire.. dan jatuhnya hari raya korban pada hari ahad.. pada hari ini.. hmmm... rasa sedih sikit la mlm tadi sbb teringat kat mom... duk fb-ing kat email adik saya, tanya bila free sbb nak skype dgn my mom... miss rendang and kuah kacang kegemaran mom. gosh. berair gak mata mlm tadi... duk doa bagi mom, dad and family semua... risau tiba2... tak tau lah... tawakal je lah.  Tot, nk la skype dgn.. ehem2.. ye. saya dah ada gepren.. tunggu dia tah mana dia hilang... busy sangat. sad. "resepi pun tak bagi, padahal benda tu kalau nk email sekejap je". Saja je nak tengok dia sungguh2 tak nak buat.. tapi akhirnya.... hurm, tau-tau lah. tak pe... look forward. So yea, today raya korban, saya tak p smayang sunat.. baru bangun, sbb mlm tadi tak bleh tidur... =(. Then ingat nk masak2... tapi mlm ni, ada jamuan makan2 oleh kawan bukan melayu saya... diorang nk buat mini raya. haha..satu malaysia betul! =) suppose yesterday saya pergi perjumpaan UMNO Birmingham di Uni Nottingham ada macam AGM laa.. tapi malas r, politik sana sini.. ada sorang mamat ni sik email fb ak suh undi dia, dengan propa dia.. siap text ak.. n call ak, tapi tak angkat, mls layan. gosh. so terdesak. gila kuasa tol.

Back to the moral of the story la kan, ya, today tak p beraya rumah sesape pun sebab.. sebab, tiada orang melayu geng CONSERVATOIRE yang stay kat sini. lagipun, TIADA MALAY kat CONSERVATOIRE selain SAYA dan JOHAN. oh ya, spekaing about johan, johan tak sambut raya.. sbb... dia... corrupted muslim. -.- paham2 la ye. nak jumpa banyak geng2 melayu, kene p main campus which located kat upper north of birmingham. Jauh kot. lagi pun, train ticks mahal gila. so yea... tak pe lah.. chill.. mlm ni, kawan2 saya yang BUKAN melayu nak sambut raya tuk saya. COOL gila. =) diorang nak masak rendang and gado-gado. GADO-GADO? amazing. hihi. dah. bye.



Saturday, September 24, 2011

Brum

Assalamualaikum.. Yup, jadi warga komuniti Brum sementara. apa itu brum? well, brum adalah nickname bagi penduduk Birmingham. oH ya, obviously saya sudah sampai di Birmingham dengan selamat. Kini tinggal di apartment Opal 1 nak alamat? ini dia. Block A51-B 14th Floor, Opal 1 Birmingham, 1 Belgrave Middleway Birmingham, B5 7AJ United Kingdom. Ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian, tingkat 14, betapa sejuknya saya pada mlm pertama... dan kedua dan ketiga.. kerana tiada selimut. walaupun tingkap dah tutup oh, tingkap jammed, tak leh tutup heater pasang pun tak berkesan, apatah lagi berpakaian 4 lapisan. hampir2 saya membuat keputusan untuk tidur dalam toilet. Alhamdulillah, tidak, saya beli selimut tebal namanya Duvet. Duvet ni mcm blanket tapi tebal... mcm comforter tapi dia bagi anda rasa panas, enak untuk tidur. Hmm.. ye, saya insomnia.. tak tau kenapa, tengah carik mood tuk compose lagu.. too ambitious i think. (ceh kata tak tau kenapa)... satu tahun di sini, banyka benda nak capai... gosh... stakat ini, alhamdulillah, semuanya baik, makan minum stakat ini boleh bertahan dgn mengambil protein tumbuh tumbuhan dan tanpa haiwan / bangkai di atas pinggan kecuali sardin/mackerel dalam tin.. susu, telur etc.. nasib baik Tesco ada. tak tao la berapa lama boleh bertahan.. hurmm.. teringin juga nak tanam cili kat bilik.. rindu makanan pedas.. nak petik je makan mcm buah anggur. kasi panas badan.. haha. punya la susah nak carik makanan halal, saya perlukan protein dari daging tuk kasi badan panas, saya ni tak tahan sejuk... cepat je sejuk.. satu hari tu, saya dengna kawan saya ni, lepak kat victoria square... ada banyak burung merpati, lalu saya berkata kepada kawna saya tu, "wei wei, boleh tak ak tangkap burung ni, sembelih... buat burung golek pun sodap nie".  Walaupun ada kedai halal.. tapi orang pakistan ynag operate the business.... rasa tah... diorang nampak cam tak mandi je. nak makan pun.. LOYA. blueeekkk... cobaan. Ei, saya mandi tau tiap2 pagi.. sental 10 minit satu badan. :). Hari tu p smayang jumaat baru-baru ni, gosh, banyak org ala2 Pakistanis look... bau diorang.. mcm mcm... ok, nanti blog saya masuk surat khabar diorang pulak nnti. Lagi pun, diorang jual produk makanan halal dengan harga nombor yang kecil tapi nilai besar.



Bilik dapur Apartment Rumah A51 (Bilik saya tak da apa menarik nak amik pic, tunggu dah hias2 baru mik :p)




Bayangkan Malaysia harga setin coca cola RM1.60, kat sini murah... memang murah.... 1 Pound. ye... 1 pound bagi setin coca cola RM1.60 malaysia. GILA!! mahal. 1 pound = 5-6 ringgit. bukan coke je yang tinggi nilainya di sini... bahkan air minuman manis dalam botol dan berkarbonat ynag lain pun termasuklah yang dalam vending machine. Elok gak diorang buat mcm tu harga.. kurang obesiti dna penyakit2 lain.. Bila fikir balik, Malaysia hidup sangat mewah.. makan sangat senang. Jadi tuan-tuan dan puan-puan di malaysia, bersyukurlah. =) elak pembaziran dan bersenamlah selalu (kempen jap). Yup, pantang larang saya tengok orang membazir. everytime zakap membazir ni kan, mesti teringat kes tragedi saya dengan en.topek. (merupakan kawan baik saya kat usm dan juga bantal hidup saya-use ur imagination). p makan nasik kandaQ kat line clear penang, pergh, ada satu family tu makan... tak ingat dunia... satu family saiz gandaan 3. jadi kami pun tak heran la sambil menjamu makanan kami... pastu bila toleh tengok family tu, diorang dah hilang tak da kat meja, tapi nasik atas pinggan setiap family masih lagi separuh bukit. anda tau tinggi mana nasik diornag ambil? buka jari anda sejengkal. yup. tinggi tu. pastu carik2 diorang, diorang tengah jalan menuju keluar dari kedai... gosh. diorang makan berterabur sisa-sisa makanan atas meja... astaghfirullah... time tu saya dgn en.topek geleng kepala dan berhujah2 sambil mengutuk perbuatan tersebut. time tu saya masih ingat lagi saya sebut pasal orang berperang kat palestine dan budak2 afrika makan biskut buat dari tanah liat dan lumpur. haaaa... sbb time tu berita2 tsebut menjadi sebutan. insfalah wahai rakyat malaysia yang sape rasa dia tergolong dalam golongan mcm tu. (siapa makan cili terasa hangantnya). Oh ya.. saya lapar, nak makan maggie jap. tak tao pe nak makan, tengah lewat mlm, insomnia, sejuk.. 70% apa kita makan digunakan utk kekalkan suhu badan normal kita. =) hari makin sejuk.. nak salji nanti.. bleh la makan ais kepal free.    

Saturday, September 10, 2011

Yeah.

Assalamualaikum........Ehem. First, saya tulis blog baru ini adalah untuk berkongsi dengan pembaca yang di _____ (fill in the blank) sekalian, mengenai kisah perjalanan hidup saya secara yang lebih tidak formal dan terbuka. Jam sudah pukul 4.08am. Yup, insomnia, sudah lama kene since Februari 2011. Biasanya penyakit ini datang pada saya apabila saya stress memikirkan sesuatu perkara, sibuk melakukan kerja atau, tak jumpa apa-apa jawapan yang pasti; rasa resah, risau tanpa sebab yang jelas. Nasib baik ada juga jalan-jalan tuk saya tangani masalah ini, antaranya saya mendekatkan diri saya dengan tuhan. Ye, memang saya mengaku saya tak rajin nak dekatkan diri dengan tuhan SEBELUM ini. Tapi kebelakangan ni, bila dengar ja bacaan2 Al Quran kat radio dalam kereta waktu drive, dengar azan kat tv rumah or mana2.. saya dengar betul2 dan hati ikut ja... lama gak saya memikir reaksi saya.. pastu. Alhamdulillah, saya sudah rajin nak mendekatkan diri kepada pencipta segalanya bila mula bulan puasa. Rasa tenang sewaktu menghabiskan masa di masjid buat terawih. Niat sudah pasang dan aim 2 minggu sebelum puasa untuk penuhkan tarawih. Tapi usaha penuhkan tu tak la menjadi, total skip 5-7 days. Walaubagaimana pun, lebih baik dari tahun yang lepas dan harap akan bertambah lebih baik lagi pada tahun hadapan dan terus amalan mendekatkan diri dengan tuhan.

mr. Ben. @ PPS, USM

Selain itu juga, faktor makanan pun memberi kesan.. Saya rajin minum kopi. Haaaa... ini la punca dia... yang besar kot. Tongkat Ali menjadi drug yang sah untuk diambil. Gosh. haha. saya akan ambil kopi pagi 2 kali, petang sekali, malam 2 kali. total = 5 kali. tapi maksimum saya ambil 7 kali sehari. Gila tak? Ada masa tu saya kehabisan stock Tongkat Ali, sebat kopi kaw mak saya punya. Didihkan air bersama kopi then tuang dalam cawan TANPA letak gula. Ya, saya ulang lagi sekali puan-puan tuan-tuan, TANPA LETAK GULA. Saya buat letak air sikit sahaja, dan pekat kopi itu mcm black hole. Saya minum air kopi tu macam minum air mineral, minum biasa ja tanpa henti. Ketagih Cafein. Hingga kini saya pun tak tao macam mana nak stop. Tak bley tak bley tak bley. Mata dah macam panda nie. Nak cover pakai spek nerd saya tu je. Oh ya, cakap pasal spek nerd. Mengidam spek john lennon. :P.

Sarawak Rainforest World Music Fest. 2011

Lagi satu, zikir, sangat berkesan, masa tak boleh tidur dulu, saya jog. 8 rounds. pecah rekod saya. dalam masa 2 jam adalah 1 round tu 1.2KM. memang dup dap dup dap, badan panas, baju basah, bibir getar2, kepala dah pening, kebas.. huhu.. cara ini agak berkesan untuk memboleh kan anda tidur kerana badan anda akan letih dan totally shut off. Tapi cara ini agak extreme lah. Esok hari boleh demam kalau tak di-handle betul2 badan lepas jog. Hasil jog masa insomnia = killing 2 ducks with 1 pair of chopsticks. -.- i know, its very dry. okei. move on... badan slim, fit, jantung sehat and dapat tidur. hihi. Lately, my dad risau tengok i muka cekung, asyik2 suruh saya makan.. makan.. makan.. gosh. baju semua longga nampak cam... gebeh... sluar pun smua dah kene pakai tali pinggang. leceh gak. Kene bli baru la semua pakaian. Now kini, insomnia saya berlaku bukan sebab kopi, kopi kat rumah semua out of stock. Meroyan saya. hahaha. Oh ya cakap pasal zikir, stiap dua langkah saya berlari atau jog, saya akan zikir 1 kali. memang jadi rasa kurang penat bila jog atau lari. Tak percaya, cuba lah. Tapi ingat ya, kita jangan jadi macam mesin, lafaz tapi tak menghayati dimana hati tak turut sama. Buat, biar seluruh jasad dan rohani kita sekali bersama-sama buat. :)

Trekking @ Bukit Pelindung, Kuantan 

And... faktor hari ini tak boleh tidur juga... saya nak fly dah ni nak p sambng belajar. Esoook je. Bukan excited. Tak de nya nak buat counting days, berlepas.. take off.. T minus 0 semua tu, nak kecoh2.. ha, rasa la manis sekanrag konon, kat sana cam ne? haaa.. Gosh, korang ingat aku nak p jalan jalan makan angin ka? STUDY kot. MASTER kot. RISAU kalau sangkut. Kalau kat negara sendiri boleh la terkinja kinja lagi. Ni negara asing.. bahasa asing... TERSUNGKUR la alamatnya. =/. RISAU THESIS WOI.... Harap2 dipermudahkan lah segala urusan saya dan diberi kekuatan kesabaran semua tu. Banyak duit habis nak buat master ni, tapi ya lah, untuk akhir hayat saya juga. Ilmu. Jadi konklusi nya.. saya memang tak boleh tidur sebab banyak fikir dan sikit pasal kopi. hihi. Lately saya kerja macam orang gila,. raya pun masih nak tulis lagu. dah terbiasa kene isi otak dengan idea and keep berjalan. if not, boleh pening kepala sbb otak kosong. pening sebab kene figure out apa nak buat. haha. Alhamdulillah, semua usaha yang nak mental semua tu berbaloi.

Trekking @ Bukit Panorama, Sg. Lembing.

Tahun ini saya banyak dapat pencapaian. 1) Lagu karya utama saya, Tanah Lintar untuk gamelan dan orkestra dimainkan di KLPac. 2) Dapat jadi salah seorang pemenang dari 10 pemenang komposisi terbaik untuk Young Composers Competition of Southeast Asia 2011 oleh Goethe Institute di Bandung. Ni yang terbaik skali pernah dapat... Semua ditaja... tiket flight dari Birmingham ke Bandung pergi balik.. penginapan.. ditanggung oleh Goethe dan ada pula bengkel untuk komposer pastu karya2 tersebut akan dipentaskan di Jakarta, Yogyakarta dan Bandung. Wow, memang tiba2 saya mcm tergamam. Tak sia-sia kerja macam orang gila. Oleh itu, saya nak ucap terima kasih banyak2 kepada tuhan dan juga rakan-rakan yang banyak memberi sokongan. Pastu no 3) Dapat sambung master di Birmingham Conservatoire. Since dah capai semua tu, saya ada lah rasa macam riak ,... itu saya saaaaangat risau dan saaaangat takut.. sbb akan timbul banyak masalah lain kelak. Oleh itu, saya sentiasa berpesan dan ingat pada diri saya, especially time saya mendekatkan diri dengan tuhan, slalu minta agar jauhi diri saya dari perkara-perkara mazmumah. Ye, mazmumah. tak tao la ejaan betul atau tak. hihi. Goggle la ye. Akan saya terus berkerja keras dan tidak mudah rasa selesa dengan apa perkara yang diperoleh sekarang! huh. semangat 46!!! haha, Saya pun tak tao apa tu semangat 46. Tapi bunyi macam best. Henjut jaa!! :) Tengahari karang saya akan bertolak ke seremban dengan ayah saya untuk singgah di rumah Wan sbb saya tak sempat nak balik raya kampung. Dan malam lewat sikit jam 8 mcm tu, terus bertolak ke nilai, KLIA. Saya akan berlepas ke Birmingham transit Dubai pada jam 2 pagi Ahad (selepas tengah malam hari sabtu). Harap-harap semuanya berjalan dengan baik dan lancar. AMIN! :)

Dinner @ Ingredients, KL 

p/s. Semalam, masa subuh, saya dikejutkan oleh mimpi yang ngeri. Saya ditembak dari belakang. ye pembaca sekalian, di tembak. beng. beng. rasa peluru tu tembos. rasa betol2 ni. then saya menjerit. terkezut saya. Apakah maksudnya? Tapi memang saya sangat penat, kalau saya terlelap dan tidur, maksudnya badan saya saaaangat penat. Tidur pun 3 jam. Paling lama 6 jam. Bangun pening kepala. Pastu start minom Tongkat Ali. Ha, padan muka. ye. terimakasih kerana membantu. Walaubagaimana pun, saya terbangun dari tido, terus dah tak boleh tido dah, sbb tiba2 terus otak saya start memikir benda-benda yang .. tah.. mcm mcm lah.. tak dapat nk recall. haha. anyway. panjang tol postscript (p/s) saya ni. ok lah. thanks kerana membaca.......Assalamualaikum....