Saturday, September 10, 2011

Yeah.

Assalamualaikum........Ehem. First, saya tulis blog baru ini adalah untuk berkongsi dengan pembaca yang di _____ (fill in the blank) sekalian, mengenai kisah perjalanan hidup saya secara yang lebih tidak formal dan terbuka. Jam sudah pukul 4.08am. Yup, insomnia, sudah lama kene since Februari 2011. Biasanya penyakit ini datang pada saya apabila saya stress memikirkan sesuatu perkara, sibuk melakukan kerja atau, tak jumpa apa-apa jawapan yang pasti; rasa resah, risau tanpa sebab yang jelas. Nasib baik ada juga jalan-jalan tuk saya tangani masalah ini, antaranya saya mendekatkan diri saya dengan tuhan. Ye, memang saya mengaku saya tak rajin nak dekatkan diri dengan tuhan SEBELUM ini. Tapi kebelakangan ni, bila dengar ja bacaan2 Al Quran kat radio dalam kereta waktu drive, dengar azan kat tv rumah or mana2.. saya dengar betul2 dan hati ikut ja... lama gak saya memikir reaksi saya.. pastu. Alhamdulillah, saya sudah rajin nak mendekatkan diri kepada pencipta segalanya bila mula bulan puasa. Rasa tenang sewaktu menghabiskan masa di masjid buat terawih. Niat sudah pasang dan aim 2 minggu sebelum puasa untuk penuhkan tarawih. Tapi usaha penuhkan tu tak la menjadi, total skip 5-7 days. Walaubagaimana pun, lebih baik dari tahun yang lepas dan harap akan bertambah lebih baik lagi pada tahun hadapan dan terus amalan mendekatkan diri dengan tuhan.

mr. Ben. @ PPS, USM

Selain itu juga, faktor makanan pun memberi kesan.. Saya rajin minum kopi. Haaaa... ini la punca dia... yang besar kot. Tongkat Ali menjadi drug yang sah untuk diambil. Gosh. haha. saya akan ambil kopi pagi 2 kali, petang sekali, malam 2 kali. total = 5 kali. tapi maksimum saya ambil 7 kali sehari. Gila tak? Ada masa tu saya kehabisan stock Tongkat Ali, sebat kopi kaw mak saya punya. Didihkan air bersama kopi then tuang dalam cawan TANPA letak gula. Ya, saya ulang lagi sekali puan-puan tuan-tuan, TANPA LETAK GULA. Saya buat letak air sikit sahaja, dan pekat kopi itu mcm black hole. Saya minum air kopi tu macam minum air mineral, minum biasa ja tanpa henti. Ketagih Cafein. Hingga kini saya pun tak tao macam mana nak stop. Tak bley tak bley tak bley. Mata dah macam panda nie. Nak cover pakai spek nerd saya tu je. Oh ya, cakap pasal spek nerd. Mengidam spek john lennon. :P.

Sarawak Rainforest World Music Fest. 2011

Lagi satu, zikir, sangat berkesan, masa tak boleh tidur dulu, saya jog. 8 rounds. pecah rekod saya. dalam masa 2 jam adalah 1 round tu 1.2KM. memang dup dap dup dap, badan panas, baju basah, bibir getar2, kepala dah pening, kebas.. huhu.. cara ini agak berkesan untuk memboleh kan anda tidur kerana badan anda akan letih dan totally shut off. Tapi cara ini agak extreme lah. Esok hari boleh demam kalau tak di-handle betul2 badan lepas jog. Hasil jog masa insomnia = killing 2 ducks with 1 pair of chopsticks. -.- i know, its very dry. okei. move on... badan slim, fit, jantung sehat and dapat tidur. hihi. Lately, my dad risau tengok i muka cekung, asyik2 suruh saya makan.. makan.. makan.. gosh. baju semua longga nampak cam... gebeh... sluar pun smua dah kene pakai tali pinggang. leceh gak. Kene bli baru la semua pakaian. Now kini, insomnia saya berlaku bukan sebab kopi, kopi kat rumah semua out of stock. Meroyan saya. hahaha. Oh ya cakap pasal zikir, stiap dua langkah saya berlari atau jog, saya akan zikir 1 kali. memang jadi rasa kurang penat bila jog atau lari. Tak percaya, cuba lah. Tapi ingat ya, kita jangan jadi macam mesin, lafaz tapi tak menghayati dimana hati tak turut sama. Buat, biar seluruh jasad dan rohani kita sekali bersama-sama buat. :)

Trekking @ Bukit Pelindung, Kuantan 

And... faktor hari ini tak boleh tidur juga... saya nak fly dah ni nak p sambng belajar. Esoook je. Bukan excited. Tak de nya nak buat counting days, berlepas.. take off.. T minus 0 semua tu, nak kecoh2.. ha, rasa la manis sekanrag konon, kat sana cam ne? haaa.. Gosh, korang ingat aku nak p jalan jalan makan angin ka? STUDY kot. MASTER kot. RISAU kalau sangkut. Kalau kat negara sendiri boleh la terkinja kinja lagi. Ni negara asing.. bahasa asing... TERSUNGKUR la alamatnya. =/. RISAU THESIS WOI.... Harap2 dipermudahkan lah segala urusan saya dan diberi kekuatan kesabaran semua tu. Banyak duit habis nak buat master ni, tapi ya lah, untuk akhir hayat saya juga. Ilmu. Jadi konklusi nya.. saya memang tak boleh tidur sebab banyak fikir dan sikit pasal kopi. hihi. Lately saya kerja macam orang gila,. raya pun masih nak tulis lagu. dah terbiasa kene isi otak dengan idea and keep berjalan. if not, boleh pening kepala sbb otak kosong. pening sebab kene figure out apa nak buat. haha. Alhamdulillah, semua usaha yang nak mental semua tu berbaloi.

Trekking @ Bukit Panorama, Sg. Lembing.

Tahun ini saya banyak dapat pencapaian. 1) Lagu karya utama saya, Tanah Lintar untuk gamelan dan orkestra dimainkan di KLPac. 2) Dapat jadi salah seorang pemenang dari 10 pemenang komposisi terbaik untuk Young Composers Competition of Southeast Asia 2011 oleh Goethe Institute di Bandung. Ni yang terbaik skali pernah dapat... Semua ditaja... tiket flight dari Birmingham ke Bandung pergi balik.. penginapan.. ditanggung oleh Goethe dan ada pula bengkel untuk komposer pastu karya2 tersebut akan dipentaskan di Jakarta, Yogyakarta dan Bandung. Wow, memang tiba2 saya mcm tergamam. Tak sia-sia kerja macam orang gila. Oleh itu, saya nak ucap terima kasih banyak2 kepada tuhan dan juga rakan-rakan yang banyak memberi sokongan. Pastu no 3) Dapat sambung master di Birmingham Conservatoire. Since dah capai semua tu, saya ada lah rasa macam riak ,... itu saya saaaaangat risau dan saaaangat takut.. sbb akan timbul banyak masalah lain kelak. Oleh itu, saya sentiasa berpesan dan ingat pada diri saya, especially time saya mendekatkan diri dengan tuhan, slalu minta agar jauhi diri saya dari perkara-perkara mazmumah. Ye, mazmumah. tak tao la ejaan betul atau tak. hihi. Goggle la ye. Akan saya terus berkerja keras dan tidak mudah rasa selesa dengan apa perkara yang diperoleh sekarang! huh. semangat 46!!! haha, Saya pun tak tao apa tu semangat 46. Tapi bunyi macam best. Henjut jaa!! :) Tengahari karang saya akan bertolak ke seremban dengan ayah saya untuk singgah di rumah Wan sbb saya tak sempat nak balik raya kampung. Dan malam lewat sikit jam 8 mcm tu, terus bertolak ke nilai, KLIA. Saya akan berlepas ke Birmingham transit Dubai pada jam 2 pagi Ahad (selepas tengah malam hari sabtu). Harap-harap semuanya berjalan dengan baik dan lancar. AMIN! :)

Dinner @ Ingredients, KL 

p/s. Semalam, masa subuh, saya dikejutkan oleh mimpi yang ngeri. Saya ditembak dari belakang. ye pembaca sekalian, di tembak. beng. beng. rasa peluru tu tembos. rasa betol2 ni. then saya menjerit. terkezut saya. Apakah maksudnya? Tapi memang saya sangat penat, kalau saya terlelap dan tidur, maksudnya badan saya saaaangat penat. Tidur pun 3 jam. Paling lama 6 jam. Bangun pening kepala. Pastu start minom Tongkat Ali. Ha, padan muka. ye. terimakasih kerana membantu. Walaubagaimana pun, saya terbangun dari tido, terus dah tak boleh tido dah, sbb tiba2 terus otak saya start memikir benda-benda yang .. tah.. mcm mcm lah.. tak dapat nk recall. haha. anyway. panjang tol postscript (p/s) saya ni. ok lah. thanks kerana membaca.......Assalamualaikum.... 

4 comments:

  1. anyway nanti awak boleh la ajar saya composition stuff ye.. mcm best..xpenah explore.. :)

    ReplyDelete
  2. hehe~~alhamdulilah....u pun dh sampai kat sana...
    n dun wori...biasa la bila duk jauh d negara org..mmg mcm2 yg terjadi..
    anyway....hope its not too late to congratulate u on ur further stdy in birmingham....n wanna wish u all d best there...
    enjoy puas2 d negara org...bkn sng nk dpt offer kat sana...;))

    ReplyDelete
  3. yup. :) hope tak terleka. thanks tao.

    ReplyDelete